Tuntutan mutaah RM3 juta Wan_Ismail_Wan_Jusoh

Bekas isteri beliau bernama Siti Aishah Chou Abdullah (lahir pada 1984). Siti Aishah merupakan wanita yang mempunyai wajah jelita dan bertudung berasal dari Kemboja. Siti Aishah dan Wan Ismail yang berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2004 disahkan bercerai pada 18 November 2008.[1]

Tuntutan mutaah difailkan pada 4 Januari 2009, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab Kota Bharu, Kelantan menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Wan Ismail dikatakan mempunyai beberapa ladang getah di Gua Musang dan mempunyai syarikat di luar negara. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak perempuan, Wan Nur Salwa Wan Ismail. Perbicaraan tuntutan mutaah diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Peguam mewakili Aishah ialah Mohd. Sibri Ismail. Mohd. Raziman Yaakub mewakili Wan Ismail. Hakim ialah Abdullah Man. Seleps diceraikan, Aishah menuntut mutaah sebanyak RM3 juta kerana Wan Ismail dikatakan pernah mempunyai simpanan RM 1 juta.

Berkaitan